Awwalludin makrifatullah
Dari Anta
Tulisan Saudara Ismail sg buluh
Assalamualaikum warahmatullah,
Berikut saya berkongsi apa yang saya faham dan amalkan. Semoga ada kebenarannya di SISI Yang Maha Esa, dan manfaatnya di sisi manusia, AMIN.
Tiadalah sempurna agama kita melainkan kita melaksanakan Rukun Ihsan. Maka itu disebut “Awwaluddin Ma’rifaatullah” – Agama kita bermula hanya setelah menerima kurniaan Makrifat Allah, yakni sesudah tergabung Rukun Iman, Islam dan Ihsan seperti yang termaktub di dalam Hadith Jibrail. Maka bermula lah satu penghidupan yang didasari oleh HAKIKAT dan MAKRIFAT yang berkiblat kepada DZAT yang ESA (AHAD).
Untuk menjadi ‘Arifin Billah dan juga Ulil Albab’, perlulah kita mengenal dan memahami hakikat kejadian ALAM semesta kerana YANG ZOHIR itu juga ALLAH, sama seperti YANG BATIN. (sila rujuk Asma ul Husna dan Martabat 7). Maka untuk mencapai maksud ini, lebih mudah jika kita perhatikan diri kita sahaja kerana ia paling DEKAT LAGI ZOHIR dengan kita. Kerana itu disuruhnya kita mengenal DIRI jika ingin mengenal Allah. Perlu diingatkan bahawasanya keinginan kita itu sebenarnya datang dari ALLAH jua yang mengingini agar kita mengenal DIA. Keilmuan alam semesta akan datang jua kemudian dengan IZIN NYA. Para Arifin Billah menyatakan bahawasanya DIRI itu ialah ALAM KABIR (macro-cosmos), sementara alam semesta itu ialah ALAM SOGHIR (micro-cosmos).
Kaedah penerokaan diri dan alam semesta adalah menerusi zikir dan fikir. Skop zikir dan fikir ini seharusnya dilandasi oleh Al Quran dan Hadith Rasul, dan pengalaman peribadi. Apabila Allah mula mengangkat TABIR-TABIR NYA YANG MULIA, jangan pula kita lupa diri kerana ILMU ALLAH ini tiada tepinya. MAA SYAA ALLAH, DIA MAHA AGUNG, sekalian deria akan diangkat hijabnya mengikut JADUAL NYA dan kita mendapat kassyaf kerana ia adalah perlu untuk menerima semua pengetahuan yang telah diaturNYA di maqam HAKIKAT [sila rujuk Sifat 20].
Keikhlasan hati, maksud dan tujuan adalah teramat penting dan kritikal di dalam meneroka ALAM HAKIKAT. Ianya adalah satu-satunya Wasilah Diri untuk mendapat perlindungan dan RAHMAT Allah dari sekalian gangguan Iblis La’natullah. Untuk mendapat WASILAH RASULULLAH SAW, perbanyakkanlah berselawat kepada nya. Insya Allah, jika hati anda dicenderungkan kepada DIA YANG ESA, kamu akan dibimbing dan seterusnya diketemukan NYA akan AL-HAQ. Petanda besar yang menunjukkan kamu sedang dibimbing YANG MAHA ESA adalah apabila hati dan lidah kamu berada secara istiqomah di atas ZIKRULLAH, SELAWAT RASUL DAN ISTIGHFAR.
Ilmu Makrifat ini tidak dapat diluahkan sepenuhnya melalui kata-kata kerana dibimbangi akan menimbulkan fitnah dan sebenar-benar tiada huruf yang dapat menggambarkan keadaannya [Laisa kamithlihi syaiun]. AL-YAQIN hanya dapat dibenarkan oleh pengalaman DIRI SENDIRI. Kerana itu, Syaitan suka menimbulkan was-was dalam hati manusia. Dengan ZIKIR KHOFI, sekalian was-was, ketakutan dan sangka buruk akan lenyap insya ALLAH.
“HUWAL AWWALU WAL AAKHIR, WAZZHOHIRU WAL BAATHIN” Dia lah yang Awwal dan yang Akhir, dan yang Zohir dan yang Batin.
Sama ada kita ingat atau lalai, beriman atau kufur, bersolat atau bermaksiat, DIA tetap DIA – Maha Tinggi lagi Agung. Tidak menambah atau mengurang akan DIA oleh apa pun. Jika kafir sekalian makhluq, DIA tetap AGUNG. Itulah DZAT yang ESA lagi MUTLAQ. “Tidakkah kamu melihat burung yang terbang di udara, SIAPA YANG MENGANGKATNYA?
Bermula dari langkah pertama di dalam kesedaran mujahadah wa musyahadah akbar kita, sehingga ke akhir langkah di liang lahad, semuanya adalah atas KURNIA ILAHI semata-mata. Tiada AKU sepanjang perjalanan itu. Jika masih ada KE-AKU-AN, sudah pasti akan tersesat jalan dan tidak akan bertemu tempat yang di tuju. Dan kearifan kita tentang HAKIKAT ALLAH itu terserah kepada DZAT yang menamakan DIRINYA itu untuk menyingkap AL-HAQ seQADAR yang ditentukanNYA, tiadalah ikhtiar kita itu memberi bekas sebenarnya. Semuanya berdiri, duduk dan berbaringan di atas LA HAWLA WALAA QUWWATA ILLA BILLAH.
Dan apabila kita [RUH RABBANI] diizinNYA untuk menelusuri ALAM KEBENARAN itu, menjadilah kita seakan-akan pemerhati sahaja. Sesungguhnya kita telah DI SIFATI NYA. Inilah PAKAIAN kita. Dengan RAHMATNYA, sehingga ke alam BARZAKH jua kita akan menikmati KURNIA NYA, hidup di SISINYA dengan mendapat REZEQI insya ALLAH.
Rahsia ILAHI terkandung di dalam DIRI sehingga sekalian makhluq NYA diperintahkan supaya sujud kepada ADAM. “Ana a’lamu maa laa ta’lamuun” [AKU tahu apa yang kamu tidak ketahui]. Tetapi…..
“Bal tu’thiruunal hayatad dunya. Wal aakhirotu khoirun wa abqaa” – Tetapi kamu (manusia) cintakan kehidupan di dunia [kehidupan nafsu ammarah] walhal akhirat [kehidupan nafsu mutmainnah] itu lebih baik dan kekal.
Walhamdulillah, Wasolawatu Wassalam ‘Ala Muhammad Wa Alihi Wa ‘Ibadillahis Solihin Ajmain.
Salam
Ismailsgbuluh.
Dikirim dalam Dari anta | Label: agama, arif, esa, ihsan, jibrail, makrifat, manusia
« Al Muntahi (Bhg. 15 – selesai)
Kafir kepada Allah »
Like
Be the first to like this post.
Respon
salam,
‘tetapi kamu cintakan kehidupan dunia’
adakah ada daya kita utk tidak menyintai dunia sekiranya sudah itu yg ditetapkanNya?
By: aku on November 20, 2009
at 5:09 pm
Balas
salam
bg pndpt ana,daya kita untuk tidak mnyintai dunia ini adalah tidak mustahil..kerana suma yg hidup,nmpk @ ghaib skali pn adalah ciptaan-Nya..oleh yg demikian,kita perlulah acap kali memohon kpd-Nya supaya d beri hidayah dan jgk pntunjuk supaya tidak terpesong…(jikalau ana ad salah silap,harap diberi teguran..huhu)
By: syuk90 on November 21, 2009
at 12:07 am
Balas
By: hajirikhusyuk on November 21, 2009
at 12:13 am
Balas
salam alaika,,
anta diberi kuasa untuk memilih,
balasanya bergantung kepada pilihan anta.
buat jahat dapat balasan jahat,
buat baik dapat balasan baik.
By: hajirikhusyuk on November 21, 2009
at 12:39 am
Balas
Salamun alaikum
Sesuai dengan Ayat ALLAH yang tersebut di atas, AD-DUNYA itu tempat berkumpulnya orang-orang yang berdosa dan AL-AAKHIROH itu tempat berkumpulnya orang-orang bersih jiwanya dari dosa.
By: ismailsgbuloh on November 21, 2009
at 5:12 am
Balas
salam alaika..
terima kasih.
By: hajirikhusyuk on November 21, 2009
at 5:33 am
Balas
salam alaika..
akibat dari semua itu…
By: Anugerah on Disember 21, 2009
at 12:15 pm
Balas
salam syukur wa mahabbah.
penghuraian yang baik/bagus. memang memberi manfaat bersama. harap tidak lupa kita bermursyidkan alim rabbanii. adapun adab murid mesti mengangkat gurunya daalm bicara ilmu, faham dan amalnya. semoga mengalir keberkatan & amp; nyata tanda ktawadu’n.
By: abiAzman on Disember 1, 2009
at 3:09 am
Balas
salam alaika saudar abiAzman,,
selamat berkunjung ke blog ini,,
semoga sudi berkongsi ilmu untuk kebaikan pembaca semua.
By: hajirikhusyuk on Disember 1, 2009
at 6:20 am
Balas
thread yg bagus, bsa jdi bahan diskusi
By: sii aliim on Disember 20, 2009
at 7:40 am
Balas
Salam alaika Ya Sayyidul Mursaliin Wa Anta Imamim Mubiin.
Izinkan saya berkongsi, In Syaa Allah.
Tiadalah berarti jika tidur sebantal dalam dakapan berahi jika tidak bersapa-sapa dalam perhubungan.
Kontak ini adalah kurniaan Ilahi sebagai penyempurnaan Taqdir Insani. Maka bertanya-tanyalah jika mahukan jawaban. Ambillah pedoman apabila diberi. Sapaan Ilahi ini datangnya mengikut keperluan Insan yang sedang dibimbing kerana Dia Amat Mengambil Berat. Dan Dia tidak akan pernah memberati jiwa dalam barang apa pun. Sentiasa Dia Santun dan Penyayang dalam bersapa dan memberi tunjuk-ajar.
Dengarkan sapaan Nya sentiasa kerana Dia Ada Bersama. Maka itu Dia telah menyatakan,”Berzikirlah terhadap Aku kerna Aku akan berzikir terhadap kamu” dan “Dimana saja kamu tolehkan pandangan mu, di situlah Aku.”
Memori indah bersama Nya akan menggarap suatu perhubungan yang Maha Aqrob mengalahkan cinta kita kepada Ratu Cantik Dunia 2009. Malahan, Dia lah yang menciptakan dan memiliki serba Kecantikan yang Zohir itu kerana Dia lah yang sebenar-benar Cantik lagi Anggun.
Kenapa? Tak percaya? Cubalah…
Salamun ‘alal mursalin wa ‘ibadillahis solihin.
By: ismailsgbuloh on Disember 24, 2009
at 2:00 pm
Balas
salam alaika,
makasih,, subhanallah.
By: hajirikhusyuk on Disember 25, 2009
at 12:10 am
Balas
SALAM TN HAJI,
saya bimbang disalah-tafsirkan. mohon delete komen saya yg terakhir. TQ.
By: ismailsgbuloh on Disember 26, 2009
at 5:24 am
Balas
salam alaika,,
jangan risau kalau niat ikhlas,,
takkan apa-apa.
By: hajirikhusyuk on Disember 26, 2009
at 5:46 am
Balas
Alhamdulillah, dan terima kasih kepada saudara2 ku yang telah dapat memberikan pencerahan pada saya al-fakih.
Dan saya sekiranya tidak memberatkan, mohon minta alamat email saudara ku Ismail sungai buloh dan Hajirikhusuk agar fakih dapat bersilaturahmi melalui Japri (Jalur pribadi) jika ada hal butuh penjelasan lebih.
Fakih sekarang ini ditakdirkan Allah tinggal di Batam (Indonesia), sedangkan fakih berasal dari daerah Sumatera Barat – Indonesia.
By: Razali on Disember 29, 2009
at 8:47 am
Balas
selamat datang ke blog ini,,
ante boleh berhubung dengan ana melalui blog ini,,
sdr ismailsgbuluh,,,, bagaimana??
By: hajirikhusyuk on Disember 29, 2009
at 12:11 pm
Salamun alaikum,
Ya benar, lanjutkan apa-apa musykil atau pendapat di blog ini aja yaa
Jangan segan atau silu. Kita semua dalam perjalanan jua.
Jika ada yang kurang, boleh ditambah oleh pengunjung yang lain. Begitu juga sebaliknya…untuk manfaat semua In Syaa Allah.
Wassalam.
By: ismailsgbuloh on Disember 29, 2009
at 12:27 pm
Salamun alaika Saudaraku Razali,
Jika ingin berhubung secara peribadi, silakan email kepada saya di imlatiff@gmail.com.
By: ismailsgbuloh on Disember 29, 2009
at 6:57 pm
salam,
kubertanya pd driku,pernahkh driku mengucap dua kalimah syahadat?
pernahkh driku shalat?
Pernahkh driku puasa?
Mampukh driku berzakat?
Mampukh driku berhaji?
Mampukh driku beramal?
Kubersihkan driku,dgn syahadat jgn pernah mengakui aku hidup.
Di ajarkan pdku cara mensucikan driku,dgn mandi yg berarti bersih tubuh dan bathinku tiadalah lagi driku.
Setelah itu berwudhu,
basuh muka biar tdk ada lagi mukamu,
basuh kedua tangan biar tak ada lagi tanganmu,
usap setengah kepala biar tdk ada lagi pikiranmu,
sunat,basuh kedua telingamu biar tdk ada lagi pendengarnmu.
Basuh kakimu biar tak ada lagi langkahmu.
Barulah aku bertemu kekasihku yg maha suci,betapa indahnya.
Shalat itu aku memuji driku.
Smoga bermamfaat.